"Pada suatu hari, ada seorang wanita meninggal dunia, dan lepas dia meninggal, 3 hari berturut-turut suaminya bermimpi si isteri menyuruhnya menggali semula kubur dan si suami pun jumpa tok imam dan minta digalikan semula kubur isterinya. Tok imam kata itu hanya mainan tidur, maklumlah isterinya baru saja meninggal. Tapi si suami menjawab ini betul-betul dan dia yakin. Mereka pun mula menggali kubur tersebut, ternyata isterinya memang benar-benar hidup. Tapi tangan dan kakinya hitam legam macam hangus dibakar. Isterinya sempat bercakap pada suaminya, saya nak abang nasihatkan wanita-wanita di dunia ni, istiqamahlah menjaga aurat, selama ni saya bertudung dan menutup aurat, tapi saya lupa kadang-kadang nampak kulit saya yang melebihi pergelangan tangan (tersingkap lengan baju) dan saya lupa memakai stokin (tutup aurat kaki). Tiga hari saya di dalam sana sama seperti 3000 tahun di dunia, cukup terseksa abang. Nasihat pada wanita-wanita di luar sana, jangan mereka anggap remeh tentang penjagaan aurat. Selepas isterinya menceritakan hal tersebut, isterinya sempat mengucap dua kalimah syahadah dan terus meninggal dunia kembali."
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment